Wednesday 20 February 2013

Syarat dan Terma penginapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih pada pelanggan-pelanggan yang memilih perkhidmatan kami sebelum ini. Diatas sebab-sebab tertentu, pihak kami telah memutuskan untuk menambah syarat-syarat penginapan seperti berikut:

1. Waktu untuk check-in hanya dibenarkan pada tarikh yang dijanjikan( jam 10 pagi ke atas), jika pelanggan memilih untuk masuk malam sebelum tarikh, penambahan separuh harga akan dikenakan.
2. Waktu check-out pula pada jam 2 petang. Penambahan rm10 sejam akan dikenakan selepas jam 2 petang dan selepas jam 6 petang dikira sebagai malam tambahan.
3. ATAS FAKTOR KESELAMATAN, SEKIRANYA DIDAPATI KUNCI HILANG, PELANGGAN AKAN DIKENAKAN BAYARAN SEBANYAK RM150.
4. Pelanggan perlu menunggu ketika proses checking diadakan, dan deposit akan dipulangkan serta-merta jika tiada sebarang kehilangan mahupun kerosakan. Jika didapati pelanggan check-out tanpa menghubung pihak kami, deposit akan dipulangkan dalam tempoh 3 hari selepas tarikh menginap.
5. Resit pembayaran adalah atas permintaan pelanggan.

Sekian, terima kasih...